Memaparkan catatan dengan label Teknik SPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknik SPM. Papar semua catatan

TIPS JAWAB SOALAN RUBRIK

F  +  H  +  C

Soalan rubrik biasanya bermula dengan "Huraikan" atau "Wajarkah"

Jawapan mesti ditulis dalam bentuk  ESEI, dengan adanya FAKTA +
HURAIAN + CONTOH

Contoh soalan:

1.  Huraikan kesan pertambahan penduduk di Lembah Klang kepada alam sekitar.  [6 m]



2.  Huraikan kepentingan penanaman kelapa sawit untuk memajukan ekonomi negara. [6 m]




Teknik Menjawab soalan carta pai

Soalan carta pai pernah ditanya dalam SPM tahun 2005 dan 2010.  Cara menjawab soalan carta pai adalah seperti berikut:

Contoh:


Jawapan:

1.  Semasa menjawab, pelajar perlu mengira sudut sektor dahulu.  Tetapi tiada markah diberi untuk pengiraan.  Pelajar juga tidak perlu menunjukkan langkah pengiraan dalam skrip jawapan.
2.  Pelajar perlu melukis carta pai mengikut jejari yang ditetapkan dalam soalan peperiksaan, iaitu 5 cm.
3.  Pelajar melukis dengan mengukur sektor pertama dari atas, mengikut susunan yang tertera dalam kertas peperiksaan.  Maksudnya, pelajar tidak perlu susun semula urutan sektor.
4.  Tajuk mesti lengkap dengan adanya Perkara, Nama negara dan Tahun.
5.  Peratus tidak wajib ditulis dalam sektor. 
6.  Pelajar melabelkan petunjuk di dalam sektor, tidak perlu membuat petunjuk yang berasingan.
7.  Carta pai yang sudah siap tidak perlu diwarnakan atau dilorek.

Teknik Menjawab soalan graf

Soalan graf dan carta pai adalah yang paling mudah dijawab dalam SPM.  Tetapi kadang-kala pelajar membuat kesilapan menyebabkan mereka tidak dapat skor dalam bahagian ini.  Di bawah ini adalah contoh teknik menjawab soalan graf:

Contoh 1:


Jawapan:




Pelajar perlu berhati-hati semasa menjawab.

1.  Jika skala salah, tiada markah untuk plotan.
2.  Jika unit (%) tidak dinyatakan dalam paksi Y, tiada markah untuk plotan.
3.  Tajuk mesti lengkap mengandungi perkara, negara dan tahun.
4.  Bar yang telah dilukis tidak perlu diwarnakan atau dilorek.