Teknik Menjawab soalan carta pai

Soalan carta pai pernah ditanya dalam SPM tahun 2005 dan 2010.  Cara menjawab soalan carta pai adalah seperti berikut:

Contoh:


Jawapan:

1.  Semasa menjawab, pelajar perlu mengira sudut sektor dahulu.  Tetapi tiada markah diberi untuk pengiraan.  Pelajar juga tidak perlu menunjukkan langkah pengiraan dalam skrip jawapan.
2.  Pelajar perlu melukis carta pai mengikut jejari yang ditetapkan dalam soalan peperiksaan, iaitu 5 cm.
3.  Pelajar melukis dengan mengukur sektor pertama dari atas, mengikut susunan yang tertera dalam kertas peperiksaan.  Maksudnya, pelajar tidak perlu susun semula urutan sektor.
4.  Tajuk mesti lengkap dengan adanya Perkara, Nama negara dan Tahun.
5.  Peratus tidak wajib ditulis dalam sektor. 
6.  Pelajar melabelkan petunjuk di dalam sektor, tidak perlu membuat petunjuk yang berasingan.
7.  Carta pai yang sudah siap tidak perlu diwarnakan atau dilorek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan