SOALAN KBAT -- SUNGAI CHEONGYECHOEN (KOREA)

Sungai Cheongyecheon sepanjang 10.9 km di Seoul, Korea Selatan merupakan sebatang sungai yang unik.  Sungai ini menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara.  Di tepi sungai ini terdapatnya tempat berjalan kaki yang selesa untuk pengunjung ke sini.  Udara yang segar dan airnya yang jernih menjadikan tempat ini tempat rekreasi terkenal di Seoul, ibu negeri Korea

Sebenarnya sungai ini dahulunya merupakan sungai yang paling kotor di Korea.  Selepas Perang Korea (1950 – 1953) ramai penduduk berhijrah ke Seoul untuk mencari makan.  Di kiri kanan sungai ini terdapat banyak rumah setinggan.  Penduduk yang tinggal di sini membuat sampah dan sisa makanan ke dalam sungai ini.  Kemudian pada tahun 1958, sungai ini ditutup dengan konkrit untuk membuat jalan raya.  Pada tahun 1976, di atas jalan raya ini dibina pula lebuhraya bertingkat.  Ini menandakan proses pemodenan dan perindustrian Korea Selatan.  Kesannya ialah pelbagai pencemaran berlaku sehingga sungai ini tidak dapat mengalir.






Kemudian pada tahun 2003, Datuk Bandar Seoul ketika itu, Lee Myung-bak telah melakukan satu revolusi.  Lee, yang kini merupakan bekas presiden Korea Selatan mempunyai visi yang mesra alam.  Dia hendak Sungai Cheongyecheon kembali kepada keadaannya yang semulajadi sebagai anak sungai yang mengalir di pusat bandaraya.


Lebuhraya bertingkat di atas sungai itu diruntuhkan, begitu juga dengan tiang-tiang konkrit dan konkrit penghadangnya.  Dua tahun kemudian, Sungai Cheongyechoen kembali menjadi sungai yang indah dan kini menjadi kebanggaan warga Seoul sebagai ibukota moden yang turut memberi perhatian terhadap kelestarian alam sekitar.  Sungai ini berjaya menurunkan suhu kawasan sekitarnya sebanyak 3.6°C berbanding tempat lain di Seoul.  Bilangan kenderaan yang masuk ke bandaraya juga merosot sebanyak 2.3% kerana penrobohan jalan raya dan lebuhraya bertingkat tersebut.  Bilangan pengguna bas dan sistem aliran ringan (subway) pula meningkat sebanyak 1.4% dan 4.5%.  Justeru ini, tahap pencemaran juga dikurangkan.  Projek ini telah membawa kepada penambahbaikan alam sekitar kawasan bandaraya ini.  Kos projek ini adalah sebanyak 386 bilion won (lebih kurang RM1.44 bilion)















Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan berikut:
SUNGAI A

SUNGAI B

  1. Foto 1 menunjukkan dua batang sungai yang berbeza.  Bandingkan kualiti air kedua-dua batang sungai tersebut.
  2. Jelaskan tiga punca yang menyebabkan kualiti air di Sungai B seperti dalam foto di atas.
  3. Jelaskan kesan kualiti air di Sungai B kepada manusia dan alam sekitar.
  4. Bagaimanakah kualiti air sungai boleh dipertingkatkan untuk kepentingan manusia dan alam sekitar?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan