SOALAN KBAT -- GEMPA BUMI

RANAU, SABAH DILANDA GEMPA BUMI 6.0 SKALA RICHTER

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.

Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan. Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta. Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata gegaran dirasai di seluruh kawasan pantai barat, utara dan pedalaman Sabah selain turut dirasai di Sandakan. Ranau dikenal pasti paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan dikatakan mengalami kerosakan berikutan kedudukannya paling hampir dengan pusat gempa. Sementara itu, gegaran susulan berlaku di Ranau jam 9.47 pagi tadi namun dilaporkan tidak sekuat gempa bumi pertama.

Selanjutnya di :  Berita Harian 





Berdasarkan petikan dan gambar di atas, sila jawab soalan berikut:

  1. Mengapakah kejadian gempa bumi juga berlaku di Malaysia?  Berikan alasan anda.
  2. Kenapakah kesan gempa bumi menyebabkan kematian dan kemusnahan yang dahsyat.  Berikan pendapat anda.
  3. Apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan sekiranya gempa bumi terjadi di masa akan datang?
  4. Sekiranya gempa bumi berlaku di kawasan tempat tinggal anda, apakah tindakan yang perlu anda lakukan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan