Sungai St. Lawrence

Tentunya pelajar pernah mendengar nama "Sungai St. Lawrence" - jalan air pedalaman yang terpanjang di dunia. Sungai St. Lawrence merupakan sempadan semula jadi antara Amerika Syarikat dan Kanada. Tahukah anda terdapat beribu-ribu pulau di atas sungai tersebut.

Pulau-pulau ini berselerak sepanjang 80 km di Sungai St. Lawrence dari timur laut Tasik Ontario (bandar Kingston). Pulau-pulau milik Amerika Syarikat adalah tergolong sebagai sebahagian daripada negeri New York. Jumlah pulau di sini adalah 1864 buah. Saiznya boleh jadi sekecil sebuah rumah, sehingga ke 100 KM persegi. Kriteria penarafan pulau ialah aras air mestilah konsisten sepanjang tahun, keluasan pulau perlulah melebihi 930 cm persegi, dan terdapat sekurang-kurang satu pokok yang hidup.

Thousand Islands amat terkenal sebagai tempat rekreasi. Ia juga dikenali sebagai "fresh water boating capital of the world".


Tiada ulasan:

Catat Ulasan