Ribut taufan/ siklon tropika


Pelbagai nama digunakan untuk ribut taufan seperti siklon tropika (Lautan India), hurikan (Amerika), willy-willy (Australia) dan taufan (barat Lautan Pasifik). Untuk pengetahuan semua pelajar, nama hurikan ini ditukar setiap tahun. Nama ini adalah berselang-seli antara nama lelaki dengan nama perempuan ikut urutan abjad. Di bawah ini adalah senarai nama hurikan tahun lalu (2008)untuk kawasan Atlantic:

Tahun 2008
Arthur
Bertha
Cristobal
Dolly
Edouard
Fay
Gustav
Hanna
Ike
Josephine
Kyle
Laura
Marco
Nana
Omar
Paloma
Rene
Sally
Teddy
Vicky
Wilfred

Sila baca **sini untuk nama ribut taufan untuk kawasan lain.

Maka, jika hurikan melanda tahun ini, pelajar boleh perhatikan nama hurikan itu dan banding dengan senarai di atas.

Hurikan Katrina (25 Ogos 2005)



Sejak dahulu, kejadian ribut taufan telah membawa banyak kemusnahan. Di bawah ini adalah di antara ribut taufan yang paling dasyhat berlaku di bumi kita. Alangkah bersyukurnya Malaysia tiada bencana seperti ini.

1) November 1970 (Siklon Bhola di Bangladesh) - kira-kira 150,000-500,000 kematian.
2) April 1991 (Bangladesh) - kira-kira 131,000-138,000 kematian.
3) Mei and Jun 1965 (dua siklon di Bangladesh) - kira-kira 60,000 kematian.
4) Oktober 1942 (siklon dekat sempadan Bangladesh dan India) - kira-kira 40,000 kematian.
5) Mei 1963(Bangladesh) - kira-kira 22,000 kematian.
6) November 1977 (Siklon Andra Pradesh di India) - kira-kira 10,000-20,000 kematian.
7) Oktober-November 1998 (Hurikan Mitch di Tengah Amerika) - kira-kira 11,000-18,000 kematian.
8) September 1971 (Siklon Orissa di India) - kira-kira 10,000 kematian.
9) Oktober 1999 (Siklon 05B di India) - kira-kira 10,000 kematian.
10) September 1900 (Galveston, Texas di Amerika) - kira-kira 8,000-12,000 kematian.




For further reading, click **here

Video menunjukkan kejadian Hurikan Katrina (2005)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan