Kenapa Kepulauan Maldives tidak dilanda tsunami?



Pada 26 Disember 2004, gempa bumi dengan 9.3 skala richter telah melanda Pulau Sumatera.  Ekoran daripada kejadian gempa bumi, tsunami telah melanda beberapa negara yang terletak di Lautan Hindi.  Ombak tsunami setinggi 10m terjadi di beberapa tempat seperti Thailand, Sri Lanka, India sehinggalah ke benua Afrika.  Tetapi hairannya, kenapa Kepulauan Maldives yang terletak di tengah-tengah Lautan Hindi tidak dilanda bencana tsunami?

Kepulauan Maldives terdiri lebih daripada 1200 buah pulau terumbu karang.  Menurut Gramling, ombak tsunami yang melanda Kepulauan Maldives hanyalah satu per lima ketinggian berbanding dengan yang melanda negara Thailand.  Ini adalah kerana ombak tsunami akan menjadi semakin tinggi jika lautan semakin cetek.  Memandangkan Kepulauan Maldives terletak di tengah lautan yang dalam, maka tsunami tidak dapat menambah dayanya.  Itulah sebab kenapa Kepulauan Maldives tidak mengalami bencana tsunami yang seteruk negara dekat pinggir laut di Lautan Hindi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan