Gempa Bumi di Itali





Gempa bumi dengan 6.3 skala ritcher melanda Italy pada 6 April 2009 (hari Isnin). Kaji selidik Geologi Amerika Syarikat (AS), berkata pusat gempa bagi gempa bumi berkenaan, yang berlaku pada jam 3.35 pagi itu, dipercayai 85 kilometer utara timur Rome. Ia pada awalnya mencatatkan skala gempa pada 6.7 tetapi kemudian menurun kepada 6.3. Gempa bumi pada magnitud 6.3 itu memusnahkan bangunan lama dan moden di sekitar L’Aquila, termasuk meninggalkan kesan teruk ke atas istana lama dan gereja di kawasan pergunungan. Kementerian budaya negara itu menyenaraikan lokasi yang terjejas teruk akibat gempa bumi itu termasuk menara loceng dan Cupola yang turut runtuh. (dipetik dari Berita Harian).




Kejadian gempa bumi di Italy ini adalah berpunca daripada pertembungan plat benua (Plat Afrika) dengan plat benua (Plat Eurasia)- kawasan yang paling kerap berlaku gempa bumi.


SEJARAH GEMPA BUMI DI ITALY
28 Disember 1908 - Selatan Reggio di Calabria dan Sicily (95000 terbunuh)
13 Januari 1915 - bandar Avezzano di Abruzzo (30000 terbunuh)
23 November 1980 - selatan Campania dan Basilicate (2,900 terbunuh)
13 Disember 1990 - Sicily (17 terbunuh)
5 Mei 1990 - selatan Basilicate
26 September dan 3 Oktober 1997 - Umbria di tengah Italy dan Marches (12 terbunuh) menyebabkan bangunan bersejarah seperti "the basilica of Saint Francis d'Assisi" musnah.
17 Julai 2001 - Alto Adige dekat Bolzano di utara Italy (3 terbunuh)
6 September 2002 - Palermo, Sicily (2 terbunuh)
31 Oktober 2002: San Giuliano di Puglia (30 terbunuh)
6 April 2009: tengah Italy (L'Aquila) (setakat hari ini 250 terbunuh) Kerja menyelamat masih diteruskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan