Gelinciran di Afrika



Dalam Bab 2 Pembentukan bentuk muka bumi (Geografi Tingkatan 4) pelajar belajar tentang gelinciran. Di Afrika pembentukan gunung bongkah (Rift Valley) adalah proses gelinciran. Ia terjadi apabila pertembungan plat benua Afrika dengan plat benua Indo-Australia. Sebahagian daripada plat ditolak ke atas membentuk gunung bongkah ini.

Banjaran gunung bongkah di Afrika adalah sepanjang 9600 km menganjur dari negara Turkey ke Mozambique (rujuk peta di atas). Di benua Afrika, lurah gelinciran yang terbentuk adalah sepanjang 6000 km. Usia lurah gelinciran ini adalah lebih kurang 20juta tahun sahaja...usia yang agak muda berbanding dengan gunung lipat di Malaysia (150 juta tahun). Gambar yang menakjubkan di bawah ini menunjukkan gunung bongkah dan lurah gelinciran di Afrika.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan