Buku teks Tingkatan 4

Beberapa kesilapan telah dikesan dalam buku teks geografi Tingkatan 4 yang digunakan di Sarawak:


(a) Hlm. 29 - Sesar/gelinciran songsang patut diletakkan di bawah topik "Pergerakan Plat tektonik secara pertembungan"


(b) Hlm. 31 - gelinciran songsang patut dikeluarkan daripada topik "Pergerakan Plat tektonik secara percapahan/pemisahan"

(c)  Hlm. 58 -  Jadual 3.4 -  kadar pergerakan untuk aliran lumpur sepatutnya "cepat", manakala kadar pergerakan untuk gelongsoran tanah/tanah runtuh sepatutnya "sangat cepat".

(d) Hlm. 82 - tajuk 4.1 Terumbu Karang patut ditukar kepada "Bentuk Muka Bumi Dasar Laut"



(e) Hlm. 109 - imej ini bukannya imej gerhana bulan tetapi "gerhana matahari". 


(f) Hlm. 119 - soalan latihan number 5. 11:00 malam patut ditukar kepada 11:00 pagi.



(g) Hlm. 154 - Peta menunjukkan "Lembangan Congo" patut ditukar kepada nama barunya "Lembangan Zaire".


(h) Hlm. 155 - kanopi merujuk kepada lapisan yang kedua hutan hujan tropika. Perkataan"kanopi" patut dikeluarkan dari teks. Lapisan atas dipanggil "renjung" atau "emergen".


(i) Hlm. 156 - ciri hutan monsun tropika bukannya "malar hijau".


(j)  Hlm. 157 -  di bawah topik "Hutan Konifer"......Di Amerika Syarikat, hutan ini dikenali dengan nama boreal (adalah maklumat yang salah).   

Ayat yang betul:  Di Eropah hutan ini dikenali sebagai boreal.  (atau)  Di Amerika Utara, hutan ini dikenali sebagai hutan konifer. (atau)  Di Siberia hutan ini dikenali sebagai taiga.

(k)  Rajah 8.2, penerangan tentang pokok "Batang lurus menghalang salji daripada berkumpul" patut ditukar kepada "Pokok berbentuk kon dan dahan yang menirus ke bawah menghalang salji daripada berkumpul".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan